PAM Then Yi Shan
Sri Aman, Sarawak
28 Tahun
Saya menyertai CNI setelah tamat persekolahan. Di samping menggunakan produk CNI, saya juga mengikuti kursus dan seminar di masa lapang. Semasa musim cuti, saya ikut ibu dan pemimpin CBO ke kawasan pedalaman untuk memberi khidmat pelanggan. Saya rasa terkesan untuk mengusahakan perniagaan CNI apabila melihat pelanggan sihat semula daripada penyakit yang dihidapi, orang susah menikmati hidup yang lebih baik, dan perkongsian pelanggan yang puas dengan produk yang diamalkan. Saya bersyukur kerana usaha saya telah berhasil dan kini saya bergelar Pengurus Agensi Mutiara. Orang di sekeliling saya menjadi teladan dan guru yang mendorong saya menjadi lebih baik. Saya berharap dapat menikmati Tabung Insentif Kereta dalam masa 5 tahun lagi dan meningkatkan prestasi kerjaya saya di CNI! Sebagai pemimpin generasi baru di Malaysia, kebolehan untuk bertutur pelbagai bahasa adalah kekuatan yang dapat membantu kita mengembangkan perniagaan di pasaran pelbagai bangsa dengan lebih mudah. Selain itu, menawarkan perkhidmatan yang bersesuaian di dalam dan luar talian serta berterusan belajar untuk meningkatkan diri selaras dengan perkembangan semasa bagi meneroka pasaran baru juga sama penting.
Dalam perniagaan jualan langsung, kita mesti sanggup berkongsi dan berurusan dengan pelbagai jenis orang supaya dapat membina sebuah organisasi. Jika anda mahu berjaya, mesti berani mencuba perkara baharu dan ambil langkah pertama. Jangan takjub dengan kejayaan orang lain sehingga rasa rendah diri. Ingatlah bahawa setiap orang ada saat gemilang!
RAM Lee Kam Feng
Kuala Lumpur
32 Tahun
Pada penghujung 2015, saya telah disarankan oleh upline sekarang untuk menyertai Agency Manager Seminar (AMS). Semasa mengikuti AMS, saya berjumpa sekumpulan insan prihatin yang menyedarkan saya bahawa pembinaan jati diri adalah sebuah perjalanan kehidupan dan saya membuat keputusan menyertai CNI pada Januari 2016. DI CNI, saya belajar bahawa untuk berjaya kita perlu ada semangat berpasukan dan minat untuk mempertingkatkan diri secara berterusan yang akan membawa kita lebih dekat kepada matlamat hidup. Ketua Eksekutif CNI, En. Kelvin Koh, dan Pengarah-Pengarah Eksekutif, En. Louis Chu serta En. Chan Kok Liang, adalah idola-idola saya dalam mempelajari ilmu kepimpinan organisasi yang sama seperti memimpin sebuah syarikat. Seorang pemimpin perlu ada semangat kepimpinan dan belajar daripada pemimpin-pemimpin lain yang hebat.
Matlamat saya yang seterusnya ialah menjadi Pengurus Agensi Mutiara, memupuk 2 cabang AM yang hebat, dan menikmati Winners’ Trip luar negara untuk dua orang. Saya juga bercita-cita untuk memenangi Tabung Insentif Kereta. Asalkan kita yakin dengan kemampuan diri, kita BOLEH melakukannya! Jumpa anda di puncak kejayaan!
SIBU, SARAWAK
18 TAHUN
Saya menyertai CNI untuk mengatasi masalah kewangan, dan saya lihat peluang untuk menjana pendapatan melalui CNI ketika pandemik COVID-19. Saya mula aktif sejak 26 November tahun 2020 dan kini sudah mencapai pangkat Pengurus Agensi Delima.
Walaupun masih belasan tahun, namun saya gigih berusaha kerana bercita-cita menjadi pemenang Tabung Insentif Kereta termuda di CNI di samping mengembangkan potensi lebih ramai remaja di dalam organisasi untuk berjaya seperti saya. Sebenarnya, saya mula terdedah kepada dunia perniagaan sejak usia 12 tahun di dalam bidang katering. Saya sedar jika kita bekerja makan gaji pendapatan terhad sedangkan pendapatan daripada perniagaan tiada had. Bonus CNI saya bertambah dari 3 angka menjadi 4 angka dengan begitu cepat dan saya bersyukur kerana mampu membeli motorsikal bernilai RM12,000 secara tunai. Peluang perniagaan seperti inilah yang ingin saya kongsikan bersama ramai muda-mudi agar mereka juga dapat berdikari dan menikmati hidup yang lebih baik. Sumber inspirasi saya adalah DDAM Kushairy Bujang kerana beliau sangat mendorong golongan remaja untuk menjadi usahawan yang berdikari.
Keyakinan diri ialah faktor penting untuk menjadi usahawan yang berjaya kerana apabila kita yakin dengan kemampuan diri, kita akan menjana aura positif yang dapat mempengaruhi prospek dan pelanggan. Kejayaan tidak mengenal usia; yang penting ada sikap yang betul dan kesanggupan untuk belajar kemahiran baru.
AM ATHIRAH ZULKIFLY
CHANGLON, KEDAH
28 TAHUN
CNI sudah sebati dalam hidup saya sejak berusia 2 tahun, malah saya membesar dengan produk CNI dalam keluarga besar CNI. Walaupun saya berkelulusan diploma dalam bidang kejuruteraan, jiwa saya masih tertarik untuk berniaga. Saya memilih perniagaan CNI kerana pelan perniagaan CNI adil dan praktikal. Insentif tunai, pelancongan, kereta dan aset yang ditawarkan juga menarik hati saya. Di samping itu, produk-produk CNI berstatus HALAL memudahkan saya memasarkannya dalam komuniti saya. Pada mulanya saya cuma seorang pengguna produk CNI tetapi pada awal tahun 2019 saya mula fokus dan aktif sebagai CBO selepas menghadiri Y.E.S Seminar. Motivasi saya untuk menjadi usahawan cemerlang CNI adalah supaya rakan remaja lain turut tertarik untuk mengikut jejak saya. Malah, di dalam keluarga besar CNI, saya dapat lihat sudah ada usahawan muda berjaya yang saya jadikan contoh untuk mencabar potensi diri sendiri. Idola saya pastinya ibu, Puan Hjh Siti Rawan Ahmad yang berjiwa kental, tidak pernah putus asa dan selalu mendorong saya dengan ucapan "you can do it!"
Saya bercita-cita menjadi model usahawan cemerlang CNI yang dapat mendorong lebih ramai rakan sebaya untuk meningkatkan kualiti kehidupan di samping menikmati insentif pelancongan CNI ke luar negeri bersama pasangan. Di CNI, sesiapa sahaja dapat mencapai impian hidup asalkan berfikiran positif, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, tidak kenal erti putus asa dan berdikari.