PEMIMPIN MUDA | 13 Sep 2023 | 32 Lihat

Lelaki Tak Perlu Malu Jual Kosmetik


“Yang penting,CBO perlu ada ilmu produk dan faham masalah kenapa perlu pakai kosmetik,” komen pemimpin generasi muda CNI, AM Mohd Shafik bin Ismail dari Klang, Selangor. Kebolehan beliau dalam bidang kosmetik berdasarkan pengalaman selama 7 tahun dan minat dalam bisnes turut menjadi faktor pendorong kejayaan di CNI. Pada pandangan usahawan muda ini, kaum lelaki tidak perlu malu untuk menceburi dunia kosmetik kerana industi ini mempunyai peluang besar untuk jana pendapatan, kurang penolakan dari pelanggan, senang untuk buat jualan. Potensi jualan berulang pun tinggi kerana kosmetik telah menjadi keperluan harian. 


Dilantik sebagai pemimpin IBB (IRES Beauty Business) sejak Julai 2023, Mohd Shafik yang berusia 33 tahun bertambah yakin untuk berjaya bersama CNI kerana mendapati pendapatan dan bonus mudah diperolehi apabila strategi bisnes dilaksanakan dengan betul serta bersungguh-sungguh. Beliau kini bercita-cita meraih insentif pelacongan, Tabung Kereta dan Tabung Aset CNI dan menjadikan CDAM Murad Basir sebagai idola. “Kita sama-sama belajar dan sama-sama buat. Kalau cuma belajar tanpa ada tindakan tak akan ada hasil iaitu income,” komen Mohd Shafik yang menyertai CNI bulan Mei 2022 dan naik pangkat AM dalam tempoh setahun. Beliau semakin giat mengatur strategi untuk mencapai impian pendapatan 5 angka dan membawa keluarganya melihat dunia melalui insentif pelancongan CNI.  


Mohd Shafik memilih CNI kerana sejarah mantap Syarikat selama 37 tahun dan pelan perniagaannya yang sistematik, mudah difahami, dan adil. Rangkaian produknya banyak pilihan, berkualiti, dan mudah dijual kerana menepati keperluan asas kehidupan dan kesihatan.