UPLIFTING THE COMMUNITY | 07 Jun 2023 | 1 Views

Yayasan CNI telah menghadiri dan menjadi penaja bersama dalam Majlis Sesi Ramah Mesra Y.B Menteri KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) bersama Warga dan Agensi pada 31 Mac 2023 di Dewan Maksak, Precint 14, Putrajaya.


YB Datuk Ewon (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Datuk Zamri Salleh) serta setiap hadirin menerima sampel Well3 Ester C dan Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI.

Dif kehormat yang hadir di majlis termasuk YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ketua-ketua pegawai eksekutif dari syarikat-syarikat berkaitan/milik Kerajaan (GLC), agensi-agensi Kerajaan serta anak-anak asnaf dari Pertubuhan Warisan Suci seramai 20 orang. Saksikan gambar-gambar di bawah untuk melihat suasana dan aktiviti yang berlangsung sewaktu Majlis Sesi Ramah Mesra tersebut.

 
YB Datuk Ewon menerima cenderahati daripada Yayasan CNI.


YB Senator Puan Saraswathy turut menerima cenderahati Yayasan CNI.


Meja makan anak-anak asnaf dilengkapi beg hadiah sumbangan Yayasan CNI yang terdiri daripada produk CNI.


Staf CNI yang bertugas ceria meraikan Majlis Ramah Mesra Kuskop.