LIPUTAN UTAMA | 25 Apr 2023 | 74 Lihat

Bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta", hubungan saya dengan CNI bertitik tolak bilamana anak perempuan sulung saya mengalami demam panas dan pulih setelah seorang jururawat menyarankan penggunaan Nutrimoist. Pada masa yang sama, saya mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah) yang berjaya ditangani setelah mengamalkan Royal Jelly. Sejak itu, saya menjadi ahli CNI pada tahun 1995 dan telah membina kerjaya ini selama 28 tahun.


Memang payah untuk bermula dari kosong, terutama apabila saya melepaskan pekerjaan yang stabil untuk mengusahakan CNI sepenuh masa. Keluarga dan kawan-kawan mempersoalkan dan mencemuh tindakan. Dalam perjuangan membina perniagaan CNI, keluarga besar CNI memberi saya semangat dan menjadi sumber kekuatan saya. Pengasas CNI, Dato' P.C. Koh, ialah seorang pemimpin yang merendah diri dan memberi inspirasi kepada saya untuk menjayakan sebuah perniagaan yang dapat membantu lebih ramai orang menikmati hidup lebih baik, iaitulah asas perniagaan CNI. 


Keputusan saya memilih CNI telah membuka peluang untuk saya menikmati pendapatan lumayan dan memenuhi impian saya untuk melancong ke luar negara walaupun saya tidak berpendidikan tinggi. Saya percaya rakan niaga ialah aset paling berharga, maka saya suka berkongsi dengan rakan-rakan dan para pelanggan agar mereka dapat menikmati kesihatan lebih baik dan hidup berkualiti, yang menjadi kunci kejayaan perniagaan CNI. Di samping itu, kebolehan saya bertutur beberapa bahasa dan bersikap terbuka menjadi kelebihan yang sangat bermanfaat untuk diri saya. Saya sedar peluang datang kepada orang yang bersedia dan sanggup untuk memperjuangkannya. 



Saya bersyukur kepada keluarga, ahli-ahli organisasi, kawan-kawan dan para pelanggan yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Saya amat berterima kasih ke atas dorongan, bimbingan dan perkongsian ilmu serta pengalaman oleh upline, DDAM Voon Sin Siaw, serta mendiang DDAM Choong Mun Fook.


Matlamat saya yang seterusnya ialah memupuk rakan kongsi yang berpotensi untuk menjadi pemimpin-pemimpin cemerlang dan melatih mereka membuat duplikasi berkesan bagi menyerlahkan lagi kemahiran kepimpinan mereka dan mengembangkan lagi organisasi masing-masing, justeru membantu lebih ramai orang menikmati hidup lebih baik melalui perniagaan CNI.