GAYA HIDUP | 18 May 2023 | 90 Lihat

Mungkin saja ada yang malu membincangkan perihal kentut secara terbuka, namun ia merupakan fungsi normal tubuh badan. Ia terbentuk hasil pengumpulan angin dalam badan semasa proses pernafasan dan penghadaman. Biasanya kentut tak berbunyi dan tak berbau dan lazimnya proses yang sihat.

Jadi, bila harus saya risau?



Kentut 15 hingga 20 kali sehari dianggap normal. Orang yang banyak makan makanan kaya serat seperti kekacang lumrahnya akan mengalami kembung perut yang sekadar menandakan gaya pemakanan sihat. Namun, jika perut anda menghasilkan terlalu banyak angin dan ianya mengganggu kualiti hidup anda dan orang di sekeliling, ini mungkin tanda anda ada:

  • masalah tak toleran atau alahan makanan 

  • masalah bakteria tak seimbang

  • sembelit

  • simptom IBS, Crohn’s, dan lain-lain

  • masalah penapaian dalam perut


Apa mesej yang ingin disampaikan melalui kentut? 

Anda mungkin ingin memikirkan sebab musabab kentut berbau busuk.


1. Anda makan terlalu cepat

Bila anda makan cepat-cepat, anda cenderung menelan lebih banyak udara..dan udara ini perlu keluar dari badan dalam apa cara pun. Jika anda tak sendawa, anda akan kentut. 


2. Terlalu banyak bakteria jahat

Apabila kentut berbau busuk - dan diet anda tak sihat — ini mungkin tanda makanan tak hadam dalam usus besar dan bakteria baik dalam perut telah dikalahkan oleh bakteria jahat. 


3. Anda tak toleran gluten atau laktosa

Sistem badan boleh berubah dengan usia walaupun anda tidak pernah ada masalah dengan produk gluten atau tenusu. Jika anda syak gluten atau bahan tenusu menimbulkan masalah, elakkan makanan tenusu dan karbohidrat termasuk gandum, bawang, bawang putih, kekacang dan buah berbiji keras (seperti ceri dan pic). Buat pemerhatian dan kenal pasti pencetus angin dalam badan. Setelah anda pasti dengan puncanya, anda boleh membuat pilihan diet yang lebih baik. 


Memelihara perut dan usus sihat dapat membantu badan menghadam makanan dan menyingkirkan toksin dengan lebih baik. Selain itu, andainya anda telah sekian lama cuba mengurangkan berat badan dan telah mencuba pelbagai jenis diet dan senaman namun masih kurang berjaya, mungkin juga masalahnya berpunca dari perut anda. 


Ini hari bertuah anda! Kami ada serat pemakanan organik terbaik dan probiotik berkesan untuk menjaga kesihatan usus anda supaya anda tidak gelisah lagi bila kentut.



Penyelesaian Untuk Kentut Sihat



BELI SEKARANG! Klik sini


BELI SEKARANG! Klik sini