GAYA HIDUP | 10 May 2023 | 35 Lihat

CNI, peneraju dalam industri jualan langsung, telah menerima dana Kerajaan bernilai RM300,000.00 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Dan Kos Sara Hidup di bawah program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung sebagai pengiktirafan Kerajaan atas usaha berterusan CNI mempromosikan khazanah herba tempatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Gamat, dan Cendawan Susu Harimau.

CNI telah mempromosikan khazanah herba tempatan dan manfaatnya secara aktif dan telah mendapat sambutan pasaran luar negara. Sehubungan dengan itu, penganugerahan dana Kerajaan ini adalah sebagai sebuah pengiktirafan dan dorongan kepada CNI untuk meneruskan usaha kajian dan pembangunan herba-herba tempatan. 

"Kami saya berbesar hati menerima dana ini dan kami berjanji untuk meneruskan komitmen mempromosikan khazanah herba tempatan di dalam dan luar negara," ujar Encik Kelvin Koh selaku Ketua Pegawai Eksekutif CNI Malaysia. "Kami percaya herba-herba tempatan mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kami berbangga kerana mampu menonjolkan keistimewaan herba tempatan kepada pengguna tempatan dan global," tambah beliau lagi.

CNI bekerjasama rapat dengan peladang tempatan, termasuk komuniti Orang Asli, untuk mendapatkan sumber berkualiti tinggi bagi produknya. Produk CNI dihasilkan menggunakan gabungan kepakaran tradisional dan teknologi moden bagi memastikan standard kualiti yang unggul. 

"Kami bangga kerana dapat bekerjasama dengan peladang dan komuniti tempatan bagi menggalakkan pertanian lestari di samping menyokong ekonomi setempat," menurut Encik Kelvin Koh. "Kesungguhan kami mempromosikan khazanah herba tempatan bukan sekadar demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan individu tetapi merangkumi usaha kami menyokong komuniti tempatan," ulas beliau.

CNI mengucapkan terima kasih kepada semua CBO yang telah berusaha dan memberikan sokongan yang teguh. Dengan sokongan yang ada, kami pasti akan melakukan yang terbaik!