Jika dibiarkan lama-lama, simpton kesunyian boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan dan emosi yang lebih serius, termasuk:
Jika anda rasa sedang dilanda perasaan kesunyian yang berpanjangan, inilah harinya anda harus mula bergaul dengan orang lain secara positif dan sihat.
Dapatkan sokongan dan dorongan daripada orang di sekeliling yang mempunyai minat atau cita-cita yang serupa agar membantu melegakan kesunyian anda di samping menyerlahkan potensi diri anda.
Walaupun mungkin terasa sukar, cubalah berusaha untuk bergaul dengan orang lain. Melancong beramai-ramai ke destinasi impian anda dapat meningkatkan harga diri selain membuka peluang yang selamat serta memuaskan untuk berkawan.
Menyumbangkan masa dan tenaga untuk bekerjasama dengan orang lain dalam amal kebajikan berkesan membantu anda melawan rasa kesunyian. Anda dapat berkenalan, berinteraksi dengan orang lain dan menjadi seorang yang lebih ceria.
Cuba tetapkan dan berusaha mencapai matlamat tertentu. Berjuang mencapai matlamat dapat meningkatkan keyakinan diri dan pada masa yang sama mencetus rasa bahagia dalam diri anda.