GAYA HIDUP | 28 Jun 2022 | 69 Lihat

Mentaliti Miskin lwn. Mentaliti Kaya

Mentaliti miskin ialah cara berfikir yang memandang kehidupan seperti sebiji kek; jika ada orang yang mengambil bahagian yang besar, maka yang tinggal untuk orang lain cuma potongan yang kecil sahaja. Ini adalah gaya berfikir jangka masa pendek dan menjadi dinding penghalang kepada sebahagian besar orang untuk mencapai matlamat mereka. Sebaliknya, mentaliti kaya ialah cara berfikir yang memandang kehidupan serba mencukupi untuk setiap orang. Kepercayaan ini membebaskan minda para pemikirnya dan membantu menerobos potensi penuh diri dalam jangka masa panjang.



Bagaimana beralih dari mentaliti miskin kepada mentaliti kaya? 


1. Fokus Pada Apa Yang Anda Ada

Mentaliti miskin melihat keterbatasan, bukan peluang contohnya, “Perniagaan ini sudah tepu, terlalu banyak persaingan.” Sebaliknya, mentaliti kaya akan berkata, "Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, aku telah mengenali ramai orang yang merupakan aset bagi ku membina jaringan.”





2. Dampingi Orang Mentaliti Kaya

Kenali dan dampingi orang berfikiran positif. Sikap boleh berjangkit, dan biasanya kualiti hidup seseorang ialah gambaran langsung ciri kelompok setaranya. 



3. Cipta Solusi Sama-Sama Menang

Cari penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak yang mendorong rasa keberhasilan dan perasaan yang lebih baik terhadap hubungan berkenaan. Proses ini biasanya melibatkan kemahiran mendengar tanpa menilai seseorang dan sesi percambahan minda.




4. Sentiasa Bersyukur 

Bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat setiap hari yang mudah kita terlepas pandang, seperti rezeki makanan dan kesihatan. Kajian oleh Robert Emmons, profesor psikologi Universiti California mendapati melahirkan kesyukuran dapat meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal. Sukar untuk kita rasa takut dan sedih bila diselimuti kesyukuran dan kegembiraan.




5. Fokus Pada Potensi

Mentaliti kaya mendorong kita lihat lebih banyak potensi di dalam kehidupan: lebih banyak alternatif, lebih banyak pilihan, dan lebih banyak sumber. Satu kajian Universiti Harvard mendapati apabila kita memberi tumpuan penuh kepada sesuatu perkara, semua kemungkinan lain yang ada di depan mata akan malap.


Ringkasnya

Mentaliti miskin adalah mainan fikiran yang memperdayakan (False Evidence Appearing Real). Mulakan melatih fikiran anda untuk lebih terbuka dan bina kesedaran yang menyeluruh. Kesannya, kita akan menikmati apa yang dipercayai selama ini.