GAYA HIDUP | 01 Jun 2022 | 26 Lihat

Sejak sekian lama, kelompok yang meremehkan solekan seringkali mempersoalkan kelompok yang suka bersolek. Kelompok yang pertama itu hairan mengapa sesetengah orang itu sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk bersolek. Sebenarnya, setiap orang mempunyai motivasi tersendiri untuk bersolekan. 

Sebab paling lazim seseorang bersolek ialah untuk menarik perhatian. Walaupun sebab ini tidak menjadi pendorong utama generasi kini, namun daya tarikan solekan tidak boleh dinafikan.


Akan tetapi, saban hari ramai yang semakin yakin dengan kecantikan semula jadi mereka dan lebih gemar memakai solekan paling minimum. 


Solekan berkuasa untuk menyerlahkan setiap sudut diri seseorang, seperti mana sebuah lukisan mampu menggambarkan isi hati pelukisnya. Bezanya, solekan terletak di muka dan bukan pada sekeping kertas. 


Banyak sebab lain mengapa orang bersolek, tetapi alasan mereka tidak penting. Jika anda boleh rasa gembira dan selesa dengan solekan tebal mahupun dengan secalit gincu di bibir, maka harus saja anda lakukan tanpa perlu diadili.


Sesetengah orang mungkin berpendapat bersolek itu membuang masa dan hairan memikirkan mengapa anda begitu ghairah. Sebaliknya, anda patut hairan mengapa mereka perlu membuang masa memikirkannya?

Akan tiba tidak lama lagi! Kami ada sesuatu yang akan mengujakan & mewarnai hari anda. Klik sini untuk sensasi terkini!