PEMIMPIN MUDA | 15 Mar 2022 | 62 Lihat

PAM Fatin Nasharinash binti Annuar

Saratok, Sarawak

32 tahun


Saya mula aktif pada Januari 2021 dan banyak membuat referral, penajaan, dan menjual produk di bawah bimbingan upline DDAM Tuan Kushairi Bujang. Saya yakin boleh berjaya dengan cemerlang dengan CNI. Syarikat ini kukuh, stabil, cemerlang dalam pengurusan, pelan pemasarannya hebat dan produknya berkesan. 


Usahawan CNI yang cemerlang menjadi motivasi utama saya untuk berjaya. Ayah saya juga menjadi sumber inspirasi di samping upline saya yang gigih, bersemangat kental, dan  mempunyai visi serta misi yang kuat untuk sampai ke puncak kejayaan.


Matlamat utama saya ialah meningkatkan taraf ekonomi, kehidupan dan kesihatan saya ke tahap lebih baik. Dalam tempoh lima tahun ini, saya ingin berjaya hingga ke puncak dan memiliki pendapatan yang luar biasa lumayan, tabung kereta, tabung rumah serta insentif-insentif lain yang disediakan oleh CNI.


Kejayaan seseorang itu bermula dengan diri sendiri. Saya bina keyakinan diri untuk terus aktif sehingga hari ini, pupuk semangat kental, mempunya visi dan misi jelas, serta berimpian besar.