PRODUK | 27 Dec 2021 | 61 Lihat

Usus manusia mengandungi lebih 100 trilion jumlah mikroorganisma yang bertanggungjawab menguraikan makanan, membantu mengekalkan sistem imun yang kuat, dan memelihara fungsi semula jadi tubuh badan. 




Namun demikian, apabila tubuh kita menjalani rawatan antibiotik, bilangan dan jenis bakteria baik di dalam usus boleh berubah secara mendadak. Antibiotik diambil untuk membunuh bakteria berbahaya atau menghalangnya daripada membiak. Malangnya, kebanyakan antibiotik tidak dapat membezakan antara bakteria baik dan yang berbahaya. Ini bermakna antibiotik dapat mencetus ketidakseimbangan bakteria baik dalam usus dan kemungkinan berlakunya diarea, rasa loya, muntah, dan kesan sampingan gastrousus yang lain. Oleh kerana itulah doktor menyarankan pengambilan antibiotik dengan makanan. Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan jangkitan yis pada kemaluan. Sepertimana usus, kemaluan juga mengandungi bakteria baik yang boleh terjejas akibat rawatan antibiotik. 


Maka sebilangan doktor percaya pengambilan suplemen probiotik semasa rawatan antibiotik dapat mengurangkan kesan negatif kepada flora usus dan mampu meningkatkan tindak balas imun pada masa yang sama. 


Sumber yang boleh dipercayai

Well3 Probiotics Complex Powder membantu mengekalkan kesihatan usus dan memulihkan imuniti dengan 5 jenis probiotik berkesan, iaitu Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus bulgaricus, Lactobacillus salivarius, Bifidobacterium longum, dan Streptococcus thermophilus untuk menyokong kepelbagaian bakteria baik serta mikrobiom yang sihat di dalam badan. Teknologi proprietari Activator Hybrid Culture (AHC™) digunakan dalam penghasilan Well3 Probiotics Complex Powder untuk mengaktifkan probiotik hanya apabila dimakan bagi meningkatkan kestabilan, jangka hayat, dan khasiat produk. Dapatkan maklumat lanjut produk di https://cni.my/probiotics