GAYA HIDUP | 20 Jun 2023 | 65 Lihat

Mengapa Nude Jadi Pilihan

*Mengutamakan Kecantikan Semula Jadi 

Solekan nude menyerlahkan kecantikan semula jadi anda dengan menggunakan warna dan tekstur lembut yang menyerupai warna kulit berbanding solekan dramatik atau berat. 

*Kelihatan Bersahaja dan Malar Segar  

Solekan nude menyerlahkan wajah yang segar, flawless, dan sentuhan warna yang lembut pada bibir dan mata yang sesuai untuk pelbagai majlis dan peringkat umur. 

*Keyakinan Diri 

Solekan nude merangsang keyakinan diri dengan memberi peluang kepada individu berasa selesa dan bangga dengan ciri tersendiri wajah masing-masing tanpa perlu memakai solekan tebal.

*Ringkas dan Sederhana 

Ringkas itu cantik. Capai hasil solekan semula jadi dengan penggunaan kosmetik yang sedikit dan pilihan warna lembut, namun tetap nampak menawan.

*Serlahkan, Bukan Sembunyikan 

Serlahkan ciri istimewa wajah anda tanpa perlu sembunyikan wajah sebenar anda. Ia bertujuan mencapai keharmonian penampilan dengan menyerlahkan raut muka.

*Gaya Tersendiri

Solekan nude menggalakkan individu memberi sentuhan peribadi kepada penampilan dan menyesuaikan solekan mengikut citarasa tersendiri dan ciri unik wajah masing-masing. 

*Kulit Sihat dan Berseri

Menggalakkan kulit sihat dan berseri sebagai asas mencapai kesan solekan nude yang flawless. Justeru itu, ia mendorong rutin penjagaan kulit yang betul, termasuk membersih, melembap, dan melindungi kulit untuk memelihara kecantikan semula jadi. 



Nude Untuk Semua 

Solekan nude sesuai untuk semua lapisan umur, dari kulit remaja hingga matang. Begini caranya:

  • Kulit Matang

Solekan neutral pada wajah wanita matang menambah kejelitaan dan sesuai untuk semua majlis. Solekan nude boleh dipakai setiap hari. Apabila usia makin meningkat, rona muka makin memudar, justeru penggunaan warna semula jadi yang lembut akan menaikkan seri wajah agar anda nampak lebih sihat dan ceria.


  • Kulit Remaja

Koleksi IRES Lipmatte dengan rona nude merah jambu dan coklat sangat sesuai untuk remaja. Keringkasan lebih digemari untuk penampilan solekan nude yang sesuai untuk semua jenis majlis. Rona lembut nude merah jambu dan coklat juga sesuai untuk semua jenis warna kulit. Remaja belasan tahun dinasihatkan jangan memakai rona gelap.


Memperkenalkan Lipmatte Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Rona Kulit, Semua Majlis, Semua Peringkat Umur



Kenali lebih dekat Cni IRES Primadona LIpmatte
Klik untuk beli di sini